Sunday, 12 April 2020

HEYYA KAWAN - KAWAN !!! πŸ˜ƒ

Adakah anda mempunyai perasaan ingin tahu tentang tamadun cina ? Jom kita bincang ! Tamadun Cina dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi (SM) dan merupakan salah satu tamadun yang tertua di muka bumi selain daripada Tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), Mesopotamia atau Sumeria (Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), India (Lembah Sungai Indus) dan Tamadun Yunani (Eropah). Sifat keterbukaannya dalam berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain, integratif dan dinamik menyebabkanya menjadi lebih mampan walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain. Walaupun mengalami perubahan-perubahan dalam proses perkembangan yang panjang, namun identitinya dikekalkan sebagai satu tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya.


1) KELEBIHAN TAMADUN CINA 


       Jangka Hayat yang Panjang

  • Tamadun China dikesan sejak 2000 SM, ia merupakan tamadun yang telah bertahan selama kira-kira 4000 tahun. Kegemilangan berlaku semasa dinasti Han (140-117 S.M) iaitu semasa pemerintahan Sun Quan dan dinasti Tang (618-907 M). Pemerintahan zaman Dinasti Tang telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan 7 jalur jalan dagang dengan dunia luar, salah satu ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui Alam Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa) dan lain-lain. Penyatuan China berlaku apabila negara dibawah pemerintahan maharaja Shi Huang Ti dan Han Wu Ti.Maharaja Han Wu Ti merupakan maharaja perempuan pertama di negara China dan baginda seorang yang berwibawa. Keadaan in membantu memanjangkan jangka hayat tamadun China.Pengetahuan membuat kertas, bahan letupan, cara pencetakan, dan penggunaan kompas merupakan 4 penciptaan agung semasa Tamadun China.

       Dinamik 

  • Berkembang selaras dengan perkembangan pembentukan sistem pemerintahan. Shi Huang Ti berjaya menyatukan negera-negara yang berpecah belah seterusnya memacu kegemilangan tamadun China.Baginda mencetuskan idea untuk membina Tembok Besar China yang sehingga kini tercatat sebagai salah satu daripada tujuh ajaib dunia. Maharaja pada dinasti Zhou Barat hingga ke zaman Zhang Guo mematuhi ajaran Confucius. Rakyat jelata dapat hidup di dalam pesekitaran yang harmoni.

      Titi berat nilai-nilai moral

  • Punca kestabilan tamadun China ialah kecenderungan mereka menghayati dan melaksanakan nilai-nilai moral terutamanya Konfusianisme dan Budhisme.Ajaran Confucius menjadi pegangan utama kepada tamadun China.Ia menegaskan hubungan kasih sayang dan hierarki kuasa.Konsep “Li”, iaitu “tatasusila” menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia. Ajaran Buddha membantu mencapai kesempurnaan hidup masyarakat Cina. Antara konsep pemikiran ialah: teori Si Ti, teori Sebab-Akibat, teori Balasan, dan teori 3 Kaedah.
  1. Pengaruh yang Luas
  • Pengaruhkuat China bermula sejak dinasti Wei apabila tentera Monggolia, menerima pakai adat istiadat dan kod undang-undang Cina dalam pentadbiran.Orang China yang memeluk Islam terus mengekalkan nama Cina, cara berpakaian dan cara makan mereka walaupun sudah berubah agama. Negara China merupakan model bagi negara Jepun, Korea dan Vietnam.Negara Jepun mencontohi corak pemerintahan di era dinasti Tang. Ajaran Budhisme dan Konfusianisme juga menyerap masuk dalam kehidupan masyarakat negara Jepun.Pengaruh China dilakukan melalui perdagangan, penaklukan, dan perluasan kuasa serta migrasi penduduk Cina.Kewujudan China Town di beberapa bandaraya utama dunia, kewujudan restoran-restoran Cina dan kemunculan herba dan ubatan Cina memperlihatkan pengaruh luas China ke atas negara-negara lain di dunia.


2) SUMBANGAN KEPADA DUNIA & MASYARAKAT MODEN YANG MASIH KEKAL SEHINGGA SEKARANG, TAMADUN CINA

  • Bidang Matematik



Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat. Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di dalam buku ini terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negatif. Ahli matematik Cina juga mengenai pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini.





  • Bidang Perubatan


Sistem perubatan Cina tradisional bersifat kepurbaan dan adalah bebas daripada pengaruh asing. Mengikut legenda, ia bermula sejak masa Fu Xi dan diperkembangkan seterusnya oleh Shen Nong dan Huang Di. Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan yang dan juga teori lima elemen. Teori lima elemen menggangap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal. Dalam masyarakat cina, penyakit boleh dirawat melalui 3 cara: 


 a) MATERIA MEDICA  
- menerusi rawatan secara pemberian bahan-bahan seperti herba dan bahan galian

b) MOKSIBUSI 

- cara perubatan yang menggunakan sumbu atau moksa yang dibuat dari herba tertentu untuk diletakkan 

c) AKUPUNTUR

- rawatan dengan memasukkan jarum pada tempat tertentu 








  • Bidang Astronomi


-Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM), orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.








  • Bidang Alkimia


Ahli alkimia Cina dalam usaha mereka mencari satu cara yang dapat membuat manusia hidup selama-lamanya telah menghasilkan sejenis "eliksir kehidupan" (elixir of life). "Eliksir kehidupan" ini mengandungi bahan-bahan seperti merkuri, plumbum dan arsenik. Bahan-bahan tersebut kebanyakan adalah bersifat toksik dan ahli alkimia sedar akan sifat ini. Dalam bidang perubatan moden, penggunaan bahan beracun adalah biasa. Walaupun tujuan utama adalah untuk mengkaji hasil yang dapat memanjangkan usia manusia, uji kaji ahli alkimia Cina dalam mencampur pelbagai bahan, termasuk bahan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna.




  • Kompas


Kompas juga merupakan salah satu dari empat penciptaan agung dalam tamadun Cina yang memberikan sumbangan bermakna kepada tamadun dunia sehingga masa kini. Semasa dinasti Han (206SM - 220SM) sifat-sifat magnet sudah diketahui di negara China. Antara kurun pertama dengan kurun ke-6, orang Cina sudah pun menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan (induced magnetism), dan menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) dikuasai. Berdasarkan ilmu pengetahuan ini, orang Cina telah menghasilkan kompas, yang pada mulanya untuk digunakan di kapal.






  • Teknologi Cina


- Antara kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang Cina sudah tahu akan teknik pengairan, pertanian, astronomi, cara membuat kalendar dan penulisan. Seawal lebih kurang tahun 200SM, mereka telah menghasilkan abah-abah yang diikat pada dada (breast-strap harness). Ciptaan ini membolehkan kuda membawa muatan yang lebih berat dengan lebih mudah. la dibawa dari China ke Barat antara kurun ke-7 hingga ke-11 dan adalah asas bagi abah kerongkong yang digunakan masa sekarang. Kereta sorong (wheelbarrow) yang banyak meringankan tenaga manusia pula dicipta pada kira-kira tahun 200SM. Masyarakat Cina juga menyedari mengenai kebaikan tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang dari segi perekonomian. Dari China, dibawa kain sutera ke dunia Barat semasa pemerintahan era Roma, dan ulat sutera serta pokok mulberi diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-6. Manakala fosil dikenali buat pertama kali di negara China kira-kira pada tahun 1050 oleh Zhu Xi, sedangkan di Eropah hanya selepas Leonardo da Vinci iaitu kira-kira pada kurun ke-15.






  • Sains dan Teknologi China


-Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11SM. Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi yang lain misalnya, teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan (eating of iron), pengeluaran porselin, pembuatan kertas dan loyang, dipercayai telah wujud pada masa yang lebih awal lagi. Bagaimanapun, berikutan perkembangan sejarah, budaya Cina menjadi satu dengan golongan elit birokratik begitu dominan. Golongan ini telah membawa kesan konservatif terhadap inovasi, dan selanjutnya telah menghalang segala pengenalan teknik baru kecuali teknik itu boleh mendatangkan manfaat secara langsung kepada seluruh birokrasi.

Interaksi atau hubungan antara China dengan Barat kurang terserlah sehinggalah kemunculan zaman moden. Namun begitu, wujud pertemuan sekali- sekala yang berlangsung antaranya pengembaraan Marco Polo pada tahun 1275- 1292. Ini telah menarik perhatian dunia Barat tentang keunggulan teknologi Cina dan seterusnya berlaku pemindahan pengetahuan teknologi dan China ke Barat. Ilmu mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat dibawa masuk dari negara China. Bagaimanapun, para pemerintah China tidak berminat untuk menggalakkan penciptaan atau perniagaan dan perindustrian serta tidak menggalakkan perhubungan perniagaan dengan dunia luar. Kesannya, negara China telah ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi sehingga abad ke-20 yang kemudiannya, evolusi politik dan pergolakan sosial telah membangkitkan kesedaran orang Cina tentang kepentingan sains dan teknologi moden.






  • Ciptaan Kertas Dan Percetakan 


Mengenai teknik membuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-bahannya menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat kertas ini kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama (The Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.

Teknologi teknik pencetakan (printing) telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618-906). Antara buku bercetak yang paling awal dan masih wujud sehingga kini ialah fingangjing (Kitab Sutra Diamond) versi Cina yang bertarikh 11 Mei 868 yang kini disimpan dan dipelihara di Muzium British di England. Buku ini dianggap mewakili hasil daripada pengalaman lama orang Cina dalam teknik percetakan blok (block-printing). Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak (mobile-type printing) dan mula menggunakannya secara umum. Penciptaan Bi Sheng adalah 400 tahun lebih awal daripada penciptaan yang sama di dunia Barat yang hanya berlaku pada kurun ke-15.

Bahan letupan (gunpowder) pula telah dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang menemui formulanya dalam uji kaji mencampur saltpetre dengan sulfur dan karbon. Menjelang kurun ke-7, orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api. Bahan letupan mulai digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang (618-906). Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya dan situ diperkenalkan ke negara Eropah.



  • Kesimpulan


Tamadun Cina merupakan satu tamadun yang kuat pengaruhnya. Perkembangan tamadun Cina sehingga ke dunia Barat menunjukkan tamadun cina berupaya bersaing dengan tamadun-tamadun lain. Tamadun Cina telah memberi pandangan baru kepada tamadun lain. Pegangan konfusianisme telah memberi idea kepada sesebuah negara agar beretika dalam penubuhan sesebuah kerajaan. Konsep konfusianisme yang mementingkan humanisme, humanitaarianisme, intelektualisme dan rasionalisme adalah bersesuaian untuk diamalkan dalam kehidupan harian manusia. Faktor ini menyebabkan saya memilih tamadun cina. Saya juga sedar bahawa setiap tamadun membawa kebaikan kepada setiap manusia dan tidak tertumpu kepada suku kaum tertentu. Di dalam tamadun cina pula banyak saya pelajari tentang semangat kekeluargaan, kekuatan kerjasama dan pemikiran yang kreatif serta inovatif. Saya juga percaya bahawa isu perkauman yang terjadi bukanlah kerana kesalahan bangsa itu sendiri tetapi dunia moden kini tidak berfokuskan kepada sejarah dan tidak meletakkan ilmu ketamadunan ini sebagai ilmu yang penting. 

No comments:

Post a Comment

HEYYA KAWAN - KAWAN !!! πŸ˜ƒ Adakah anda mempunyai perasaan ingin tahu tentang tamadun cina ? Jom kita bincang ! Tamadun Cina dipercayai be...